Sunday, October 16, 2011

cepumas..... (^_^)

apakah misi hidup kita ? ? ? ?

apakah visi hidup pula ? ? ? ?


soalan yang bermain difikiran...tidak pernah terfikir hidup ini memerlukan misi dan juga visi sepertimana syarikat2 atau pon sekolah2..
pusing sana pusing sini mencari apakah misi dan visi hidup ini selepas ditanya...

akhirnya dapat juga ku temui.....

terima kasih kerana sudi menanyakan soalan itu.

ting tong ting tong : itulah perkataan yg kerap kali ditulis oleh sahabat kesayangan ku di akhir blog... ^_^

Friday, October 14, 2011

siapalah aku ini.......


بسم الله الرحمن الرحيم
SAHABAT... Andai aku ini seperti merpti puth buatmu, aku akan merasa sedih kerana kau tidak lagi suka kepada ku andai apabila aku telah kotor.. Andai aku sebagai bunga, aku akan rasa terhina andai kau membuang ku apabila aku telah layu. Andai aku seketul emas, aku akan rasa dizalimi kerana kau hanya tertarik pada sinaran ku.

BAGIKU

CUKUPLAH
aku sebagai airmatabuat mu...menenangkanmu ketika kau berduka..menjadi saksi butir2 doa mu pada Illahi serta menghalangmu daria pan
asnya serta pedihnya azab api neraka.

Sunday, October 9, 2011

si buta yang celik hatinya....

Abdullah Ibn Umm Maktum bukanlah seorang pembesar negara mahupun seorang ketua panglima perang tetapi sahabat yang buta ini adalah seorang yang begitu hampir dengan Rasullulah saw. Namanya terbaris sebagai salah seorang generasi al Quran yang unik kerana bumi Allah ini pernah dibasahi oleh ayat-ayat al Quran sebanyak dua kali kerananya.


Di antara kehebatannya yang tercatat di lembaran sejarah ialah apabila beliau telah dipilih oleh Rasulullah saw bersama Mus’ab Ibn Umair untuk meredahi padang pasir sebagai sahabat yang pertama berhijrah ke Madinah. Bayangkanlah bagaimana si buta ini boleh mengatur strategi hijrah yang begitu berisiko ini. Andai kata dia dan Mus’ab yang masih muda tersilap langkah, bukan sahaja nyawa mereka bakal melayang tetapi juga masa depan Islam di Madinah yang belum lagi menentu pada ketika itu.

Satu lagi kisah beliau yang cukup menarik yang berlaku di Madinah sebelum wafatnya Rasulullah saw ialah ketika beliau pernah meminta keringanan daripada Rasullulah saw untuk mengerjakan solat fardhu di rumah apabila beliau menjelang tua.

“Ibn Umm Maktum berkata: Wahai Rasulullah, saya seorang yang buta dan rumahku pula jauh dari masjid. Penunjuk jalan saya tidak serasi dengan diri saya. Adakah keringanan untuk saya bersolat di rumah? Rasulullah saw bertanya: “Adakah engkau mendengar azan?” Jawabku: Ya. Rasulullah saw

bersabda: “Kamu tidak mendapat keringanan.” [HR Abu Daud No. 552, “Sahih”].

Beliau sebenarnya mempunyai banyak sebab yang mendorongnya untuk bertanya kepada Rasulullah saw. Di antaranya ialah :

  • Rumahnya jauh daripada masjid
  • Dia telah tua pada ketika itu
  • Badannya tidak kuat dan anggota badan semakin lemah
  • Matanya buta (atau rabun yang amat sangat)
  • Beliau terpaksa melalui ladang tamar

  • Beliau terpaksa meredahi sarang labah-labah (terutamanya solat subuh)

Walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan ini, beliau tetap terus istiqamah bersolat lima waktu sehari semalam secara berjamaah di atas arahan Rasulullah. Beliau ke masjid dengan panduan tali yang diikat oleh para sahabat yang lain

  • daripada rumahnya ke pohon-pohon tamar di sepanjang perjalanan sehinggalah sampai ke masjid. Begitulah iltizamnya beliau dengan amalan-amalan Islam.

Setelah Rasulullah saw wafat, Abdullah Ibn Umm maktum terus tinggal di Madinah sehinggalah umat Islam bersiap-siaga untuk

  • menyertai peperangan Qaadisiyah iaitu peperangan yang akan menentukan jatuh bangunnya empayar Islam bagi menamatkan kezaliman Parsi. Jika para sahabat menang, maka akan jatuhlah empayar hebat yang digeruni ini dan akan tamatlah kezaliman mereka.

Beliau memohon kepada Umar al Khattab untuk pergi berjihad dengan katanya, “ Wahai Umar, tentera Islam memerlukan seseorang yang memegang janjinya. Berilah tanggung jawab itu kepadaku. Aku ini buta dan akan ku redahi semua yang di hadapanku. Engkau akan memerlukan orang yang tidak menjatuhkan atau membuat panji Islam tergelincir. Akulah orangnya. Aku akan mara ketika orang lain mengelak tikaman. Aku tidak mengelak tikaman dan englau memerlukan orang seperti aku…..”.

Umar memberikan keizinan ini setelah beliau berfikir panjang. Apa tidaknya, Abdullah Ibn Maktum telah terlebih awal memeluk Islam daripadanya. Malahan dia telah berhijrah ketika sahabat lain masih berlindung di Mekah dan dia telah mengIslamkan penduduk Madinah sebelum ketibaan Rasulullah saw. Bahlah juga kerana dua kali ayat Quran turun ke bumi kerananya.

Akhirnya cita-cita tertinggi Abdullah Ibn Umm Maktum tercapai apabila beliau menemui syahid di jalan Allah setelah berjuang bersama ribuan tentera yang dipimpin oleh Saad Ibn Abi Waqas.

Pengajarannya :

  • Kekurangan diri dan ketiadaan jawatan tidak menghalang seseorang insan untuk menjadi pencinta dan pendokong perubahan yang besar.
  • Perubahan dan kejayaan yang hebat tidak akan berlaku tanpa kesungguhan dan pengorbanan seseorang individu mahupun generasi seangkatannya.

Semoga kehebatan sahabat yang buta ini mampu kita warisi…

Saturday, October 8, 2011

UnTuK Mu SaHaBaTkU


Ya Allah ...Panjangkanlah umur sahabatku semuanya. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,terangi hati mereka dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hati mereka, perluaskanlah rezeki mereka, dekatkanlah hati mereka kepada kebaikan,jauhkanlah hati mereka pada kejahatan,
Tunaikanlah hajat mereka baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat .....
Ya Muhaimin ...Jika mereka jatuh hati izinkanlah mereka menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh mereka dalam jurang cinta nafsu ....
Jagalah hati mereka agar tidak berpaling daripada melabuhkan hati mereka pada hati-Mu.
Jika mereka rindu, rindukanlah mereka pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah ...Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalan-Mu..
Jika kau halalkan aku merindui sahabatku janganlah sampai aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.
Ya Allah ...kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah..
AMINN YA ALLAH...AMINN YA RAHMAN...AMINN YA RAHIM...AMINN YA RABBAL 'ALAMIN

INSAN YANG ALPA

10 PERINGATAN BUMI BUAT INSAN DIATASNYA
Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka.Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata -kata dengan manusia namun ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas bin Malik r.a:

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1.Wahai anak adam!Berajalanlah di atas perutku,tetapi ingatlah!Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2.Engkau melakukan maksiat di atas belakangku,tetapi ingatlah!Engkau akan di azab di dalam perutku.

3.Engkau ketawa di atas perutku,tetapi ingatlah!Engkau akan menangis di dalam perutku.

4.Engkau bergembira di atas belakangku,tetapi ingatlah!Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5.Engkau mengumpul harta di atas belakangku,tetapi ingatlah!Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6.Engkau makan benda yang haram di atas belakangku,tetapi ingatlah!Engkau akan di makan oleh ulat di dalam perutku.

7.Enkgkau angkuh di atas belakangku,tetapi ingatlah Engkau akan dihina di dalam perutku.

8.Engkau berlari dengan riang di atas belakangku,tetapi ingatlah!Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9.Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari,bulan,dan bintang di belakangku,tetapi ingatlah!Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10.Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai,tetapi ingatlah!Engkau akan hidup keseorangan di dalam perutku.

Bersama-sama lah kita renungkan..Yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri..


free counters

يحلم القلب؟

يحلم القلب؟

Tetamu

My Blog List

Powered By Blogger