Tuesday, June 28, 2011

Siapa Lelaki Dayus Sebenar?


Dipetik dari blog Ustaz Zaharuddin (zaharuddin.net)

"Jika sebelum ini saya menulis dua artikel berkenaan aurat dan wanita. Saya juga telah mendedahkan satu email yang mengandungi artikel berkenaan bahaya nafsu lelaki dan sebagai pengetahuan am buat para wanita. Walaubagaimanapun, tidak memadai info-info tersebut tanpa menyentuh satu lagi bab yang amat berkaitan dengannya.

Bab berkenaan suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka.

Sebenarnya, bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga.


Nabi SAW bersabda :-

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si p
erempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )

Dalam sebuah hadith lain pula :

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syu
rga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?


ERTI DAYUS


suami tiada kuasa?Dayus telah disebutkan dalam beberapa
riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-

1) Sabda Nabi : -

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Ras
ulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil e
ndah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.



2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-


قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله

Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)

Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus

Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkena
an istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-

هو الذي لا يغار على أهله

Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)

Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )


DAYUS ADALAH DOSA BESAR

Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :

لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)

Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )

Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.


Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus. Imam Az-Zahabi menerangkan berkenaan dayus dengan katanya :-

الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة

Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )


CEMBURU YANG DITUNTUT

Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri.

Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan
menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.

Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.

Nabi SAW bersabda :

من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة

Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )

Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda kepada saya menyebut tentang keterlanjuran mereka secara 'ringan' dan 'berat', mereka ingin mengetahui cara bertawbat.

Semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menye
mbunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.

"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"

Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi


قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )


Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)"

Sunday, June 26, 2011

Dari Adam untuk Hawa


Cemburu ku melihat sang pungguk bermadu rndu dgn sang bulan..

Cemburu ku melihat sang helang terbang berdua-duaan..cemburu jua aku pada si belangkas yang hidup berkasih sayang

Tapi aku,terus kepilauan Hawa yang diciptakan untuk kaumku bukan lagi hawa yg dulu..ku terbang bebas dalam duniaku ibarat sang helang yang gagahmelebar sayap diufuk timur,beraniku ibaratkan.

Kau Hawa umpama sayap kiriku ini.lantaran tinggi nilaimu dihati lelaki.ku terbang setinggi2 nya meredah awan tanpa ada tembok yang membataskan tanpa ada dinding yg menghalang tatkala sekali bayu kencang menujah,ku terbang rendah..

Hawa..

Bukan ku tewas dgn bayu nan kencang.biarpun aku umpama helang yg gagah perkasa dan raja udara yg unggul di awanan..namun andainya sebelah sayapku kuat tapi lagi sebelah sayapku tergeliat..ku tidak mampu menongkah ribut yg menggila mengikut haluanku..berat untukku mghadapi dgn sayap kananCuma kau tau Hawa aku jadi derita.

Hawa

Ku teruskan jua perjalanan dgn ketabahan ku bawamu bersama dlm kepayahan kau memarahiku kerana egoku..kau leteriku semahunya tanpa kau dengari kalamku..

Andainya hilang ego lelaki,maka musnahlah dunia tanpa kepimpinan kerana ego mencipta karisma dan kepimpinan..

Namun……

Tatkala egoku menjadi egoisme,maka disitu aku perlukan teguran.terbang dilangit tanpa batasan,sering ku terbabas,hilang arah dan panduan.ku harapkan kritikan serta pesanan brpanjangan agar ku tetap terbang di awanan menjadi jaguh helang terbilang..

Tapi….taffakur ku sejenak di pohonan ..

Hawa..kau diciptakan indah ,bukan daripd kepala untuk disanjung dan dipuja bukan jua drpd kaki untuk dipijak dan hamba sahya.tapi dari rusukku.dekat dengan dadaku untuk dilindungi,dekat pula dihati untuk disayangi dan dicintai..

Hawa..

Dulu ku perlukanmu sebagai teman berbudi,menemani tugas beratku sebagai khalifah dimuka bumi.kaulah cerminku yg sentiasa memuhasabah diri.tapi kini,keindahanmu yg sering ku puja,kau salah erti kau tampilkan mghiburkan dunia dengan susuk tubuh yg mengiurkan kaumku..

Kekaburan matanya brtelanjang.hatinya lemas ditelan keasyikan.ah,memang kaumku suka mengambil kesempatan!tapi kenapa kau jual dirimu bak barang pameran??dimana hilang nya malu mu yg mnjadi hias pakainmu??tidak kau tahutubuhmu mnjadi hidangan enak oleh mata,tetapi racun pada jiwa.aku bisa trhumban ke neraka kerananya.kau guna keistimewaanmu untuk mggoda.air matamu untuk menipu daya dan panahan matamu untuk melamah kan iman.

Oh hawa

Aku rindukan hawa yg dulu,malu,trjaga,trpelihara.

Hawa..

Ku tahu kau ibarat rusuk nan rapuh dan bengkok,perlu hati2 untuk diluruskan.lantaran itu ku datang bersama..bahawa antara kita saling prbaiki diri.dengarlah bisikan kasihku sesungguhnya aku rindukan hawa yg dulu,sesuci maryam seteguh asiah,setulus khadijah,setabah fatimah..namamu indah biarpun dimana disegenap jiwa kaulah ibu.trukir kasih dipaparan dada kaulah kekasih dirindui saban ketika.kaulah puteri pengubat duka ,penyejuk mata kaulah adik,pemberi semangat paling brguna kaulah mu’minah trukir indah disetiap dada.ketahuilah hawa..

Kau ku puja.kerana dari rahimmu melahirkn kaumku yg brhati waja .kerana ayunan lembut tanganmu membesarkanku dan terjaga ..kerana keistimewaanmu teman hidup tempat cintaku brbicara.kerana kaulah ladang tanaman taman nafsuku yg brgelora kerana kau adalah hiasan paling indah dari dunia dan seisinya ..maka ku datang kepadamu hawa..membawa ubat dgn penuh cinta ubatilah dirimu..aagar ku dapat terbang menguasai angkasa dan alam dan kedua-dua sayapku yg kuat dan mantap . agar bukan saja ku dapat menongkah angin dan kencang . bahkn sayapku brkibar penuh bangga mencipta angin

Saturday, June 25, 2011

14 Fakta Islam tidak disebarkan dengan pedang dan kekerasan


Benarkah Islam disebarkan dengan pedang dan kekerasan. Konon Islam adalah agama damai dan perdamaian, akan tetapi stereotape tentang kekerasan (pedang/senjata) selalu menghiasi benak banyak orang di dunia ini. Bagaimana Islam bisa disebut agama perdamaian jika ia disebarkan dengan pedang, dengan senjata, dengan kekerasan?

Ini adalah kecaman yang umum dari kalangan non muslim bahwa Islam tidak bakal memiliki jutaan pemeluk di seluruh dunia jika Islam tidak disebarkan dengan menggunakan kekuatan.

Artikel ini adalah bagian kedua dari serial tulisan Islam, fundamentalisme dan terorisme oleh Dr Zakir Naik.

Poin-poin berikut akan menjelaskan bahwa jauh sebelum disebarkan dengan pedang, adalah kekuatan yang melekat akan kebenaran, alasan dan logikalah yang bertanggung jawab atas derasnya penyebaran Islam.

1. Islam bermakna damai. Islam datang dari akar kata – سلام – ‘salaam’ yang bermakna damai. Ia juga bermakna penyerahan keridoan seseorang terhadap Allah SWT. Karenanya Islam adalah agama perdamaian, di mana perdamaian membutuhkan penyerahan keridoan seseorang terhadap keridhoan Sang Pencipta, Allah SWT.

2. Kadang kekuatan digunakan untuk memelihara perdamaian. Masing-masing manusia bahkan setiap manusia di dunia ini tidak begitu menyukai pemeliharan perdamaian dan harmoni. Ada banyak yang akan mengacaukannya untuk kepentingan mereka sendiri. Kadang kekuatan harus digunakan untuk memelihara perdamaian. Adalah tepat bagi alasan ini bahwa kita memiliki polisi yang menggunakan kekuatan terhadap para penjahat dan elemen anti sosial untuk memelihara perdamaian di sebuah negeri. Islam mempromosikan perdamaian. Pada saat yang sama, Islam menyuruh umatnya untuk berperang jika ada penindasan. Berperang melawan penindasan diperbolehkan, ketika itulah dibutuhkan penggunaan kekuatan. Dalam Islam kekuatan hanya boleh digunakan untuk mensyiarkan perdamaian dan keadilan.

3. Pendapat ahli sejarah De Lacy O’Leary. Jawaban terbaik tentang salah persepsi bahwa Islam disebarkan dengan pedang diberikan oleh ahli sejarah yang tercatat De Lacy O’Leary dalam buku ’Islam at the cross road’ (halaman 8): ’Bagaimanapun sejarah menjelaskannya, bahwa legenda tentang muslim fanatik menyapu dunia dan memperjuangkan Islam pada point pedang menaklukan berbagai ras adalah salah satu mitos keanehan yang kerap terulang dari para sejarawan.’

4. Kaum muslim mengatur Spanyol selama 800 tahun. Kaum muslim telah mengatur Spanyol selama lebih kurang 800 tahun. Orang –orang muslim di Spanyol tidak pernah menggunakan pedang untuk memaksa manusia berpindah agama. Lalu tentara salib Nasrani mendatangi spanyol dan menyapu kaum muslim. (Lalu) Tiada lagi seorang muslimpun yang dapat menyerukan adzan (panggilan sholat) secara terbuka di Spanyol.

5. 14 juta orang Arab adalah Nasrani Coptic. Kaum muslim adalah pemilik Arabia selama 1400 tahun. Beberapa tahun Inggris memerintah dan beberapa tahun Perancis menguasai. Keseluruhan, muslim menguasai Arabia selama 1400 tahun. Sebelum hari ini ada 14 juta orang Arab yang merupakan Nasrani Coptik, yakni Nasrani keturunan. Jika orang Islam menggunakan pedang, nggak bakalan ada seorang Arabpun yang menyisakan Nasrani seorang pun.

6. Lebih dari 80% non-muslim di India. Muslim mengatur India selama ribuan tahun. Jika mereka mau, mereka punya kekuatan untuk memua’alafkan setiap non muslim india. Sekarang, lebih dari 80% populasi di India adalah non-muslim. Hari ini, semua orang-orang India non muslim ini menjadi saksi kuat bahwa Islam tidak disebarkan dengan pedang.

7. Indonesia dan Malaysia. Indonesia adalah sebuah negara yang memiliki jumlah maksimum muslim di dunia. Mayoritas penduduk di Malaysia adalah muslim. Mungkin seseorang bertanya, Mana tentara Islam yang dtang ke kedua negeri tersebut?’

8. Pantai Timur Afrika. Sama saja, Islam telah menyebr dengan cepat di pantai timur africa. Mungkin seseorang bertanya lagi, jika Islam disebarkan dengan pedang, “Tentara Islam yang mana yang datang ke sana?’

9. Thomas Carlyle. Sejarawan terkenal, Thomas Carlyle, dalam bukunya, ’Heroes and Hero worship’, mengacu pada ini kesalahpahaman tentang penyebaran Islam: “Pedang memang, tapi mana akan Anda mendapatkan pedang Anda? Setiap opini baru, tapat pada awalnya di sebagian kecil. Dalam kepala seorang saja. Di sana pikiran itu berada, seperti sebelumnya. Satu orang saja dari seluruh dunia percaya, ada satu orang melawan semua orang. Bahwa dia mengambil pedang dan mencoba untuk menyebarkan dengan itu, akan melakukan sedikit baginya. Anda harus mendapatkan pedang Anda! Garis besarnya adalah bahwa sesuatu hal itu akan menyebarkan dirinya sendiri.”

10. Tidak ada paksaan dalam agama.Dengan pedang yang mana islam disebarkan? Meski jika kaum muslim memilikinya mereka tidak dapat menggunakanna untuk menyebarkan Islam karena Qur’an mengatakan ayat berikut:

’Tidak ada paksaan dalam urusan agama; sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat’
[Al-Qur’an 2:256]

11. Pedang Intelektualitas.Itulah pedang intelektualitas, pedang kecerdasan. Pedang yang menaklukkan hati dan pikiran manusia. Al Quran mengatakan dalam surat An Nahl ayat 125:

'Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmahdan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.’
[Al-Qur’an 16:125]

12. Pertumbuhan agama-agama di dunia dari 1934 hingga 1984.Sebuah artikel di Reader’s Digest ‘Almanac’, tahun 1986, tercatat sebuah statistik dari peningkatan prosentasi agama-agama besar di dunia selama setengah abad dari tahun 1934 hingga 1984. Artikel tersebut juga muncul di majalah ‘The Plain Truth’. Di puncak statistik adalah Islam, yang meningkat tajam 235%, Kristen hanya naik 47%.

Mungkin seseorang bertanya, perang manakah yang pernah terjadi selama setengah abad itu di dunia ini yang telah berhasil mengkonversikan jutaan manusia beralih ke Islam?

13. Islam agama yang tercepat pertumbuhannya di Amerika dan Eropa.Kini, agama dengan pertumbuhan paling pesat di Amekrika adalah Islam. Begitu pula di Eropa. Di manakah pedang yang memaksa manusia untuk berIslam berbondong-bondong di kedua benua barat itu?

14. Dr. Joseph Adam Pearson.Dr. Joseph Adam Pearson mengatakan, ’Orang yang mengkhawatirkan persenjataan Nuklir suatu saat jatuh ke tangan masyarakat Arab, maka sesungguhnya mereka terlambat menyadari bahwa bom Islam sesungguhnya telah meledak di hari dilahirkannya Muhammad SAW (dialah bom itu -pent)’

http://www.irf.net/irf/download/index.htm Islam dan terorisme Oleh DR. ZAKIR NAIK. Diterjemahkan tangan oleh masbadar pada 12 Mei 2008, dari: http://www.irf.net/irf/download/index.htm

Wednesday, June 22, 2011

PaNtUn NaSiHaT


Sungguh indah pintu dipahat,
Burung puyuh di atas dahan,
Kalau hidup hendak selamat,
Taat sellau perintah Allah.

Halia ini tanam-tanaman,
Ke Barat juga akan rebahnya,
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Ke akhirat juga akan sudahnya.

Belatuk di atas dahan,
Terbang pergi ke lain pokok,
Hidup mati di tangan Tuhan
Kepada Allah kita memohon.

Ramai orang menggali perigi,
Ambil buluh lalu diikat,
Ilmu dicari takkan rugi,
Buat bekalan dunia akhirat.

Pak Kulup anak juragan,
Mati diracun muntahkan darah,
Hidup di dunia banyak dugaan,
Kepada Allah kita berserah.

Letak bunga di atas dulang,
Sisipkan daun hiasan tepinya,
Banyak berdoa selepas sembahyang,
Mohon diampun dosa di dunia.

Inderagiri pasirnya lumat,
Kepah bercampur dengan lokan,
Sedangkan Nabi kasihkan umatnya,
Inikan pula seorang insan.

Kulit lembu celup samak,
Mari buat tapak kasut,
Harta dunia janganlah tamak,
Kalau mati tidak diikut.


free counters

يحلم القلب؟

يحلم القلب؟

Tetamu

My Blog List

Powered By Blogger