poligami


Pada mulanya Rasulullah (s.a.w.) hanya berkahwin dengan seorang isteri sahaja iaitu Khadijah binti Khuwailid. Mereka hidup bersama sebagai suami isteri yang bahagia selama 25 tahun. Kemudian setelah wanita itu meninggal dunia, barulah beliau berpoligami sehingga ke akhir hayatnya. Bahkan ketika Rasulullah wafat, beliau meninggalkan sembilan orang isteri.

Perkahwinan Rasulullah ini banyak menimbulkan pertelingkahan pendapat, terutama di kalangan para orientalis barat yang menganggap perkara tersebut sebagai penghinaan terhadap kaum wanita. Mereka juga menuduh bahawa perbuatan tersebut sangat memalukan, apa lagi yang melakukannya adalah seorang Rasul Allah.

Sedangkan di kalangan kaum Muslimin pula, ada yang berpendapat hahawa mereka boleh mengikuti perkahwinan Rasulullah iaitu beristeri lebih dari empat orang. Ini semua terjadi kerana mereka tidak mahu melihat serta meneliti sebah-sebab Rasulullah berpoligami dan hukum-hakam Islam yang betul.

Sebagaimana yang diketahui, mengikuti Rasulullah adalah wajib. Tetapi terhatas pada masalah-masalah yang tidak dikhususkan kepada beliau. Misalnya dalam soal perkahwinan ini. Sebab Allah telah menetapkan bagi umat Islam (selain Rasulullah) berkahwin tidak lebih dari empat, sebagaimana firman-Nya yang disebutkan dalam Surah an-Nisa’, ayat 3.
Sebelum ayat di atas diturunkan, Allah telah menurunkan ayat-ayat berisikan hukum-hukum yang lain yang ditujukan khusus kepada Rasulullah. Allah berfirman;

“Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah menghalalkan bagimu isteri-isterimu yang engkau berikan mas kahwinnya, dan hamba-hamba perempuan yang engkau miliki dan apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan perang; dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu; dan (Kami telah halalkan bagimu) mana-mana perempuan yang beriman yang memberikan dirinya kepada Nabi (untuk dikahwininya dengan tidak membayar mas kahwin) kalaulah Nabi suka berkahwin dengannya. Perkahwinan yang demikian adalah khas bagimu semata-mata, bukan bagi orang yang beriman umumnya. Sesungguhnya Kami telah mengetahui apa yang Kami wajibkan kepada orang-orang Mukmin mengenai isteri-isteri mereka dan hamba-hamba perempuan yang mereka miliki supaya tidak menjadi keberatan bagimu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 50)


“Engkau boleh menangguhkan sesiapa yang engkau kehendaki dari mereka dan engkau boleh mendampingi sesiapa yang engkau kehendaki, dan sesiapa yang engkau hendak mendampinginya kembali dari mereka yang telah engkau jauhi itu maka tidaklah menjadi salah bagimu melakukannya, kebebasan yang diberikan kepadamu itu (bila diketahui oleh mereka) adalah lebih dekat untuk mententeramkan hati mereka, dan menjadikan mereka tidak berdukacita, serta menjadikan mereka pula redha akan apa yang engkau lakukan kepada mereka semuanya. Dan (ingatlah) Allah sedia mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.” (Surah al-Ahzab, ayat 51)

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah Nabi (menunggu makanan masak kerana hendak makan bersama), kecuali kamu dijemput untuk menghadiri jamuan, bukan dengan menunggu-nunggu masa sajiannya, tetapi apabila kamu dijemput, maka masuklah (pada waktu yang ditetapkan), kemudian setelah kamu makan maka hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang dengan berbual-bual. Sesungguhnya yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga ia merasa malu (hendak menyatakan hal itu) kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran. Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah, dan tidak boleh berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat, selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya disisi Allah.” (Surah al-Ahzab, ayat 53)



Kesemua ayat di atas mengandungi hukum-hukum yang khusus untuk Rasulullah dan hal ini jelas nampak dari permulaan ayat, dengan firman Allah; "Wahai Nabi".
Allah telah menghalalkan untuk Nabi (s.a.w.) semua isteri-isterinya dan mengharamkan manusia menikahi isteri-isterinya setelah beliau wafat.
Setelah itu pada tahun keenam Hijrah, barulah turun ayat membataskan jumlah wanita yang boleh dikumpulkan sebagai isteri. Yakni tidak boleh lebih dari empat orang sahaja. Dan Nabi Muhammad sendiri, setelah turun ayat ini beliau tidak lagi menikahi wanita-wanita lain sehingga akhir hayatnya kerana Allah (SWT) juga memerintahkannya untuk berbuat demikian dengan firman-Nya;
“Tidaklah halal bagimu perempuan-perempuan sesudah yang sekarang ini (iaitu sembilan orang), dan tidak pula boleh menukarnya dengan isteri yang lain.” (Surah al-Ahzab, ayat 52)



Sebenarnya banyak lagi bukti-bukti yang dapat dipaparkan untuk menunjukkan bahawa poligami yang dilakukan oleh Rasulullah bukanlah didorong oleh nafsu seks yang kuat. Sebab, dalam kehidupan sehari-harinya, Rasulullah sejak dari kecil lagi tidak pernah hidup berfoya-foya. Begitu juga setelah beliau dewasa, beliau tidak pernah berbuat maksiat kerana Allah (SWT) memelihara dirinya dari perkara-perkara yang tidak baik.


Beliau tidak pernah melakukan keburukan, sehingga tangannya tidak pernah menyentuh tangan perempuan kecuali para isterinya, perempuan yang haram nikah dengannya dan hamba-hambanya.




Jangankan untuk berfoya-foya dengan wanita, membuat maksiat lain pun dia tidak pernah. Pernah suatu ketika (sebelum dilantik menjadi rasul) beliau ingin berhibur diri untuk mendengarkan bunyi gendang serta seruling di satu majlis perkahwinan. Sebaik saja beliau duduk di situ, maka Allah telah menidurkannya sehingga pagi hari. Semenjak itu beliau selalu terpelihara dari maksiat kerana Allah memuliakannya.
Biasanya orang yang suka bermain perempuan, gemar dengan segala kehidupan yang serba mewah. Tetapi Rasulullah adalah manusia yang sangat zuhud menghadapi hidup ini. Di antara bukti-bukti kezuhudannya ialah;

  1. Beliau tidak mudah terpengaruh dengan harta kekayaan, walaupun dalam setiap peperangan selalu saja terdapat harta rampasan. Biasanya seperlima dari harta rampasan yang diberikan kepadanya, akan disedekahkan pula untuk kepentingan Islam. Sedikit pun beliau tidak membelanjakannya untuk kepentingan diri sendiri. Selagi harta itu tidak dibagi-bagikan, beliau tidak dapat memejamkan mata untuk tidur di waktu malam.
  2. Dalam soal makan pun demikian halnya. Beliau tidak makan bermacam-macam jenis makanan. Kalau pada hari itu beliau memakan daging, maka beliau tidak akan makan makanan lainnya. Jika beliau inginkan susu, cukup tanpa roti. Ini sangat berlainan dengan sikap kita yang selalu mengeluh kalau terpaksa makan nasi hanya dengan ikan tanpa lauk-lauk lain. Makanan apa pun yang diberikan kepadanya, beliau tidak pernah memilih atau menolak. Beliau tidak pernah meminta makanan kegemarannya. Kalau beliau makan, tidak pula pernah sampai kekenyangan. Begitu juga beliau tidak pernah makan kalau tidak lapar. Ini adalah satu gambaran keperibadian Rasulullah yang sangat luar biasa, berlainan dengan kebanyakan manusia amnya. Tidak seperti manusia seperti kita, jika punya kemampuan, maka timbullah macam-macam selera besar. Ingin makan makanan yang lazat-lazat sahaja.
  3. Manusia biasa menyintai dunia lebih dari segalanya kecuali orang-orang yang beriman. Kita selalu ingin kelihatan bergaya dengan pakaian yang serba mewah dan mahal. Lain halnya dengan Rasulullah. Beliau tidak pernah berpakaian dari sutera dan melarang umat sejenisnya melakukan hal yang demikian itu. Dalam soal pakaian, beliau selalu nampak sederhana dengan mengenakan pakaian yang terbuat dari bulu, kapas serta kekabu. Adakalanya beliau memakai baju sejuk Yaman, pakaian yang berlapis baju labuh, seluar, kain sarung, kasut boot dan kasut biasa.
  4. Beliau tidak pernah tidur di atas tempat-tempat tidur yang mewah. Kadang-kadang beliau tidur di atas tilam yang berisikan sabut, di atas lantai, di atas permaidani dan di atas tikar. Yang penting bagi Rasulullah ialah tempat itu bersih.
  5. Sikap hidup yang zuhud dan sederhana ini juga diajarkan kepada para isteri, sahabat serta anaknya sendiri (Fatimah), agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan tipu daya dunia yang boleh membawa mereka kepada lalai mengingati kebesaran Allah. Sebenarnya, kalau beliau mahukan kemewahan, bila-bila masa saja beliau boleh mendapatkannya. Sebab, sebagai seorang Rasulullah serta pemimpin umat Islam, tentu tidak sukar untuk memperolehinya. Sebaliknya Rasulullah kalau memperolehi sesuatu pemberian, secepat mungkin beliau menyedekahkannya kepada umat Islam serta untuk kepentingan agama Allah. Dia tidak tamak atau terpengaruh dengan kebendaan.
  6. Beliau juga kuat mengawal perasaannya. Oleh itu beliau berbuat sesuatu bukanlah menurutkan hawa nafsunya tetapi menurut pertimbangan fikiran yang matang. Hal ini telah ditegaskan oleh Aisyah yang bermaksud; “Dia Rasulullah (s.a.w.) lebih kuat dari kamu mengawal nafsu, kehendak, akal dan agama.”
  7. Beliau banyak bangun pada waktu malam untuk beribadah menyembah Allah, sedangkan orang lain tidur dengan nyenyaknya. Ini telah menyebabkan kedua belah kakinya menjadi bengkak kerana banyak serta lamanya bersujud.


Sesungguhnya kalau kita meneliti sejarah perjuangan beliau yang selalu disibukkan sebagai seorang pelaksana hukum syarak, pentadbir negara, imam sembahyang, hakim bagi umat Islam dan pembawa risalah samawi, tentulah tidak ada masa lapang untuknya hidup berfoya-foya, kerana beliau sama sekali tidak pernah berehat dari perjuangan yang penuh dengan berbagai macam penderitaan.




Sejarah banyak menerangkan bahawa ketika beliau berkahwin dengan Khadijah, saat itu Khadijah adalah wanita yang sudah dua kali hidup menjanda dan 15 tahun jauh lebih tua dari beliau. Walau demikian beliau tidak pernah bersikap curang, malahan beliau telah mencurahkan seluruh kasih sayang kepada isterinya yang tercinta itu. Sekiranya Rasulullah telah menjadi hamba hawa nafsu (seperti yang dituduhkan), tentulah mudah baginya untuk berpoligami. Sebab poligami telah menjadi adat kebiasaan bangsa Arab pada waktu itu. Tambahan pula Khadijah adalah seorang bangsawan dan ini memudahkan baginya beristeri banyak.



Tetapi ini semua tidak beliau lakukan. Malah, beliau hidup bersama isterinya ini sampai wafat. Setelah 3 tahun lamanya Khadijah meninggal dunia, barulah beliau kahwin lagi dengan tujuan-tujuan tertentu. Dan hampir kesemua isteri-isterinya adalah janda-janda yang kurang menarik dalam hal kekayaan serta kecantikan. Hanya Aisyah seorang sahaja yang dikahwininya dalam keadaan masih anak dara.

coretan : Ammar
daripada : dokter bantal

free counters

يحلم القلب؟

يحلم القلب؟

Tetamu

My Blog List

Powered By Blogger