Friday, December 23, 2011

Allah menyembunyikan 4 perkara dalam 4 perkara

Saidina Umar berkata, “Sesungguhnya Allah menyembunyikan 4 perkara dalam 4 perkara:


1. Allah menyembunyikan KEREDHAAN dalam BERIBADAT
  • jangan remehkan ibadah walau sekecil manapun ibadah tersebut
  • Kisah perempuan jahat/pelacur menolong anjing yang kehausan, turun dalam perigi dan menggunakan kasutnya untuk mengambil air dan memberi minum kepada anjing tersebut.

2. Allah sembunyikan KEMURKAAN pada suatu MAKSIAT
  • Jangan buat MAKSIAT walau sekecil manapun maksiat tu.

3. 3. Allah sembunyikan MUSTAJABNYA DOA pada WAKTU-WAKTU TERTENTU
  • jika mahu berdoa, jangan tangguhkan, BERDOALAH tanpa mengira waktu kerana kita tidak tahu pada waktu mana doa kita DIMAKBULKAN. Berdoalah dengan penuh PENGHARAPAN.

4. Allah sembunyikan para WALINYA di kalangan para HAMBANYA

  • supaya kita menghormati semua manusia. Kisah Uwaisy Al-Qarni, pemuda yang tidak dikenali di dunia tetapi menjadi sebutan di langit."
  • Dipetik daripada Kuliah Ust Ismail Kamus, moga Allah memberkahi kehidupan beliau di dunia dan di akhirat di ats curahan ilmu beliau.

No comments:


free counters

يحلم القلب؟

يحلم القلب؟

Tetamu

My Blog List

Powered By Blogger