Monday, December 19, 2011

K A L D A I

SUATU ketika dahulu , seorang pedagang keluar berniaga dengan membawa dua ekor keldai . keldai hitam dan keldai putih . keldai hitam ini berasa dirinya lebih bertenaga berbanding kawannya . untuk itu , ia sentiasa cuba menarik perhatiaan tuannya dengan mengangkat beban yang lebih banyak serta berjalan pantas berbanding keldai putih . sebaliknya , keldai putih berjalan pada kelajuan yang biasa dan mengangkat barang dagangan setakat yang termampu sahaja .


pedagang mulai marah kerana keldai putih tidak setangkas keldai hitam , lalu dia pun memukulnya . malam itu sewaktu mereka berehat , keldai putih datang mendekati keldai hitam , " kawanku ," kata keldai putih , " hanya kita berdua sahaja disini , jadi kenapa kita nak bersaing sesama sendiri ? bukankah elok kalau kita bawa barang yang sama berat , berjalan bersama - sama ..." ucap keldai putih sambil menggosok badanya yang teruk dibantai pedagang.



Tetapi keldai hitam tidak mengendahkannya , malah esoknya dia berjalan dengan lebih laju lagi dan membawa lebih banyak barang . dia tersenyum bila dipuji tuannya dan gembira apabila melihat keldai putih dimarah serta dipukul kerana tidak berjalan pantas dan membawa barang sebanyak dirinya. tiap - tiap hari berikutnya , keldai hitam berasa tenaganya mula susut . seluruh badannya sakit - sakit dan dia tidak mampu lagi untuk berjalan selaju dulu .


suatu petang , ketika matahari terik , keldai hitam terjerembap ke tanah . dia tidak mmapu lagi bangun walaupun teruk dipukul dan dimarah tuannya . pedagang meradang kerana perjalanan merentas bukit bakau itu masih ada beberapa hari lagi , sedangkan keldai hitam sudah tidak mmapu lagi untuk bangun . lantas pedagang itu pun mrengeluarkan pisau. Sebelum keldai hitam disembelih .


kawannya si putih datang dan berbisik. " kawan , sudah aku katakan dulu jangan suka menunjuk - nunjuk untuk mendapatkan pujian , jangan malukan sahabat sendiri dan jangan berasa gembira bila melihat sahabat ditekan atau ditindas . aku sedah pesan padamu banyak kali , tapi kau tidak mahu dengar . hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kau lagi ........." keldai hitam mennagis dan beberapa saat kemudian , dia pun disembelih ..............

pedoman untuk diri sendiri dan juga sahabat-sahabatku semua :D

No comments:


free counters

يحلم القلب؟

يحلم القلب؟

Tetamu

My Blog List

Powered By Blogger