Monday, August 29, 2011

~ ♥ ~ indahnya pengakhirannya ~ ♥ ~

تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيہَا بِإِذۡنِ رَبِّہِم مِّن كُلِّ أَمۡرٍ۬
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
(Surah al-Qadr
97: Ayat ke-4 )

_________________________________________________________________________________________

Sebulan itu 30 hari. Rasulullah membahagikan Ramadhan itu kepada tiga fasa. Fasa pertama adalah rahmat, fasa kedua pula keampunan dan fasa terakhir adalah perlepasan dari api neraka.

Secara mudahnya sepuluh hari pertama adalah untuk rahmat, sepuluh hari kedua untuk keampunan dan sepuluh hari ketiga adalah jaminan pelepasan dari api Neraka.

Ramadhan dikurniakan kepada umat Muhammad dengan kelebihan-kelebihan tertentu. Antara yang terdapat dalam bulan ini dan tidak terdapat dalam era orang-orang terdahulu adalah Lailatul Qadar.

Ulama berpendapat bahawa malam istimewa ini berada di celahan malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan. Dan juga berada pada malam yang bernombor ganjil seperti 21, 23, 25, 27, 28, 29. Wallahua'lam.

Namun sekali mendapatnya, pasti tergolong dari kalangan jutawan ibadah. Cukup bernilai hadiah yang dikurniakan Allah kepada umat Muhammad.

Ramadhan juga menyimpan beberapa peristiwa besar Islam iaitu penurunan al-Quran, dari Luh Mahfuuz ke langit dunia secara sekaligus sebelum di kecil-kecilkan penurunannya ke dalam hati Rasulullah mengikut suasana samada berupa jawapan kepada soalan masyarakat dan juga menjadi asbab untuk lebih senang mengingati al-Quran itu sendiri.

Tiga fasa yang disebutkan tadi, walaupun mudah dan senang saja bunyinya, namun untuk melepasinya dengan cemerlang, agak sukar kecuali bagi orang yang punya keazaman yang kuat dan istiqamah yang tinggi.

Untuk itu, mintalah bantuan dari Allah, kerana tanpa bantuan dari-Nya, mustahil untuk kita mencapai target kejayaan Ramadhan kali ini.

Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik bagi kita semua. Insya-Allah. Wallahua'lam.

akhir-akhir ramadhan :'(

Jika sepuluh hari terakhir Ramadhan merupakan saat di mana Rasulullah S.A.W memperbanyakkan amalan dengan berjaga malam, beriktikaf, dan mengejutkan ahli keluarga untuk bersama dengannya melaksanakan ibadah-ibadah sunat, bagaimanakah pula dengan kita?

Sewajarnya contoh yang ditunjukkan oleh Baginda dalam menghayati sepuluh hari terakhir Ramadhan dijadikan teladan kepada seluruh umat Islam pada hari ini.

Sesungguhnya pedoman yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W jelas mencerminkan kepada kita betapa tinggi dan bernilainya detik-detik terakhir Ramadhan yang sedang kita lalui saat ini. Alangkah malangnya jika kita semakin alpa dan lalai dalam melaksanakan ibadah kita pada saat-saat Ramadhan yang kian melabuhkan tirainya.

Sedangkan kita seharusnya menghidupkannya dengan meningkatkan lagi amalan-amalan sunat bagi meraih pahala berlipat ganda yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T. Lebih manis lagi apabila Allah S.W.T turut menjanjikan kehadiran Lailatulqadar (yakni malam yang lebih baik daripada seribu bulan) pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.

Sebagaimana firman Allah S.W.T di dalam surah al-Qadr (ayat 1-5) yang bermaksud:"Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatulqadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"

Saturday, August 27, 2011

bicara hati ♥ ♥


“Wahai TUHANku! Untuk ENGKAU sahaja segala puji, ENGKAU penerang segala langit & bumi serta segala apa yang ada di antara keduanya. Untuk ENGKAUlah segala puji, ENGKAU penegak segala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya. Untuk ENGKAU segala puji, ENGKAU Maha Benar dan janji ENGKAU benar, kata-kata ENGKAU benar, pertemuan ENGKAU benar, syurga ENGKAU benar & neraka ENGKAU benar, tibanya hari Kiamat adalah benar. Ya ALLAH! Kepada ENGKAUlah aku berserah diri, kepada ENGKAU aku bertawakkal, dengan ENGKAU aku beriman, kepada ENGKAU aku kembali & terhadap ENGKAU aku menentangi juga kepada ENGKAU aku merujuk kehakiman. Ampunilah aku terhadap apa yang aku dahulukan, & apa yang aku nyatakan. ENGKAUlah TUHAN yang mula & akhir serta tidak ada TUHAN melainkan ENGKAU…Amiinn Ya Rabbal ‘Alamiiinn….”

Friday, August 26, 2011

i'tikaf 10 akhir ramadhan (^_^)

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَعْتَكِفُ العَشْرَ الْأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللهُ ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ . مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Daripada Aisyah RA : Sesungguhnya Nabi SAW melakukan I’tikaf sepuluh akhir bulan Ramadhan hingga beliau wafat, kemudian I’tikaf pula isteri-isteri baginda sesudahnya. (Muttafaq ‘Alaih)

Pengajaran Ayat :

1. Berdasarkan hadis sahih diatas Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan I’tikaf pada 10 akhir Ramadhan dan kemudian ibadah tersebut diteruskan oleh isteri-isterinya setelah baginda SAW wafat. Tidak dinafikan bahawa I’tikaf selama sepuluh akhir Ramadahan adalah cara I’tikaf sangat sempurna, sebab demikianlah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW namun demikian, itu tidak bermakna kita selaku umatnya tidak boleh melakukan sekedar apa yang kita termampu. Malahan ibadat I’tikaf juga boleh dilakukan di luar bulan Ramadhan sebagaimana baginda SAW juga pernah I’tikaf dalam bulan Syawwal. Sungguh banyak ayat yang menyatakan bahawa kita disuruh bertaqwa kepada Allah sesuai dengan kemampuan ( Al-Taghabun : 16) ; Allah SWT tidak memberatkan manusia kecuali apa yang mereka termampu ( Al-Baqara : 286 ). Rasulullah SAW bersabda : Terhadap apa yang aku suruh maka lakukanlah seberapa yang kamu termampu ( Muttafaq ‘Alaih ) ; Kaedah Ilmu Ushul : Apa yang kamu tidak mampu lakukan seluruhnya, maka janganlah kamu tinggalkan seluruhnya. Kesimpulannya : Kita boleh melakukan I’tikaf sesuai dengan kemampuan kita.

2. Tempat I’tikaf adalah masjid atau paling kurang musalla atau surau yang diadakan solat berjamaah lima kali sehari semalam. Tidak sah I’tikaf dalam rumah walaupun dinamakan dengan ( مَسْجِدُ البَيْتِ ) : masjid rumah iaitu ruang khas yang digunakan oleh keluarga solat berjamaah, sebab itu tidak memenuhi maksud masjid. Tidak dinafikan bahawa I’tikaf dalam tiga masjid utama : Masjid Al-Haram, Masjid Nabawiy dan Masjid Al-Aqsa adalah lebih afdhal, namun itu tidak bermakna tidak sah I’tikaf dalam selain tiga masjid tersebut. Syeikh Abdul Azizi Bin Bazz RH berpendapat : Hadis tersebut hanya menyatakan afdhaliyah (kelebihan). Maksud I’tikaf : Menekuni masjid dengan tujuan untuk bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Orang yang sedang beri’tikaf hendaklah sentiasa berada di dalam masjid selama dia beri’tikaf dan tidak keluar kecuali jika ada keperluan seperti makan, minum, buang air, berwudhuk dan lain-lain. Selama I’tikaf hendaklah diisi dengan ibadat seperti solat, membaca Al-Quran, berdoa, berzikir. Sebahagian ulama berpendapat juga boleh diisi dengan membaca buku-buku agama, mendengar tazkirah dan segala jenis kegiatan untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

3. Hukum I’tikaf adalah sunat. Ia tidak wajib kecuali jika dinazarkan. Mulailah I’tikaf dengan niat ketika memasuki masjid. Rukun I’tikaf ada dua : 1. Niat ; 2. Berada di dalam masjid ; Sedangkan syarat sah I’tikaf pula ialah : muslim, berakal, mumayyiz (tujuh tahun ke atas), bersih dari haidh, nifas dan junub. Bagi wanita yang ada suami mestilah mendapat keizinan dari suaminya, sedangkan gadis mestilah mendapat keizinan dari walinya dan kehadiran mereka di masjid tidak menimbulkan fitnah. Dan hindarkanlah segala perkara yang boleh membatalkan ibadat I’tikaf seperti : 1. Keluar masjid dengan sengaja tanpa sebab yang dibenarkan kerana perbuatan itu bercanggah dengan makna I’tikaf, sedangkan menetap dalam masjid adalah rukun I’tikaf sebagaimana firman Allah : Sedangkan kamu beri’tikaf dalam masjid ( Al-Baqarah : 187 ) ; 2. Murtad, sebab ia bercanggah dengan makna ibadat ; 3. Gila, mabuk, haidh, nifas sebab semua perkara ini bercanggah dengan syarat sah I’tikaf ; 4. Jima’, kerana Allah SWT melarang berbuat demikian : Janganlah kamu campuri mereka, sedanglan kamu beri’tikaf dalam masjid. ( Al-Baqarah : 187 )

4. Amalan yang sangat digalakkan ketika I’tikaf antaranya : Memperbanyak solat sunat, membaca Al-Quran, berzikir dengan tahmid, tasbih, takbir, istighfar, selawat kepada Nabi SAW serta berdoa. Termasuk juga digalakkan dalam I’tikaf membaca buku-buku Tafsir Al-Quran, Hadis-hadis Nabi SAW dan kisah-kisah para sahabat Nabi dan para solihin dan buku-buku agama lainnya seperti ilmu Fiqh dan lain-lain. Sedangkan amalan-amalan yang dibenci ketika I’tikaf, antaranya : Menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang tidak berguna sama ada dalam bentuk ucapan atau perbuatan, sebab Rasulullah SAW bersabda : Diantara tanda kebaikan Islam seseorang ialah dia meninggalkan perkara yang tidak berguna ( HR Tarmidzi dan Ibnu Majah ). Juga adalah dilarang ketika I’tikaf hanya membisu tidak bercakap kerana mengira kononnya itulah diantara cara untuk mendekatkan diri kepada Allah. Di dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari dijelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah menegor seorang sahabat bernama Abu Israil berbuat demikian.

5. I’tikaf dalam masjid, lebih-lebih lagi dalam 10 akhir Ramadhan sangat banyak fadhilat atau kelebihannya, antaranya : Besar kemungkinan kita akan mendapat Lailat Al-Qadr. Menurut Rasulullah SAW Lailat Al-Qadr hanya akan diturunkan Allah SWT dalam 10 akhir Ramadhan setiap tahun, lebih-lebih lagi pada malam-malam ganjilnya. Sila lihat Nota 039 Malam Lailat Al-Qadr. Rasulullah SAW juga pernah menyatakan kelebihan I’tikaf dalam sabdanya : Barangsiapa yang I’tikaf satu hari semata-mata mengharap keredhaan Allah, niscaya Allah akan menjadikan jarak diantaranya dengan api neraka sejauh tiga parit dan tiap-tiap parit jaraknya adalah lebih jauh daripada jarak antara dua mata angin. ( Hadis Riwayat Imam Al-Tabaraniy dengan sanadnya Hasan ). Bagi kaum wanita yang tidak mampu beri’tikaf dimasjid jangan bersedih, apakah kerana keuzuran seperti dalam haidh atau nifas atau atas sebab-sebab yang lain seperti tidak dapat meninggalkan rumah kerana memiliki anak-anak yang masih kecil, diharap jangan putus asa. Anda masih ada peluang untuk mendapat Lailat Al-Qadr. Lakukan apapun jenis ibadat yang sesuai di dalam rumah masing-masing. Semoga anda juga layak mendapat kelebihan Lailat Al-Qadr. Perbanyak doa ! Sebab salah satu makna Lalat Al-Qadr adalah malam penentuan taqdir untuk setahun mendatang. Perbanyakanlah doa ( اَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا مِنْ عِبَادِكَ المُوَفَّقِيْنَ بِلَيْلَةِ القَدْرِ ، اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا ) : Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang Engkau restui mendapat Lailat Al-Qadr ; Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau suka kepada kemaafan, oleh itu maafkanlah segala dosa kami. Amin Ya Rabbal ‘Alamin. Semoga nota ini berguna.

Sunday, August 21, 2011

perasaan....

Cinta tak pernah mengajarkan Kita Lemah,Justeru Ia menjadi KeKuatan.Cinta tak Pernah mengajarkan kita Untuk menghinakan,Namun malah ia Mengajarkan Kegagahan,Cinta tak akan menghilangkan semangat,tapi ia membangkitkan SEmangat_ [Hamka]

Ya Allah,jauhkanlah kami daripada Menyulam Mimpi indah ttng cinta yang semakin lama akan menjauhkan aku dari_MU.tuntunlah hati Ini untuk mengenali Cinta_MU,mendahulukan Cinta_MU dan Tiada menduakan Cinta_MU. aamiin
petikan dari : Istikharah Cinta
p/s : cakap terlalu senang.tapi bila nk buat..cukup liat..mohon semoga dipermudahkan segala jenis urusan di dunia dan akhirat.aminn Ya Rabb..

peringatan.....................


Apa guna jadi lelaki KACAK, kalau baca Quran pun MERANGKAK-rangkak .
Apa guna jadi perempuan CANTIK, kalau Pukul 12.00 T.Hari pun TAK CELIK-celik .
Apa guna umur BESAR PANJANG, kalau Fardhu Ain Asas pun LINTANG PUKANG .
Apa guna Allah bagi HIDAYAH, kalau nak SOLAT pun sikit punya PAYAH .
Apa guna jadi MANUSIA, kalau umur Allah bagi kita SIA-SIA .
Apa guna HARTA MELIMPAH, kalau nak hulur kepada yg memerlukan pun SUSAH .
Apa guna pangkat BESAR, kubur dah dekat pun masih tak SEDAR

Saturday, August 20, 2011

8 sikap muslimah yang disukai ar-rijjal (^_^)


Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pes ona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati
pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona...Inilah sifat seorang wanita yang sempurna...

Wednesday, August 17, 2011

كِتَاب الْفِتَنِ



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

كِتَاب الْفِتَنِ

Bermacam-macam Fitnah


Penjelasan:

1. Makna fitnah:

  1. Siksaan
  2. Sesuatu yang diperolehi semasa siksaan
  3. Ujian
  4. Kesulitan dan kelapangan yang menimpa manusia

(Fathul Bari)

2. Ada yang berkata, fitnah itu ialah ujian, azab siksaan dan setiap apa sahaja yang tidak disukai serta sesuatu yang cenderung kepadanya seperti kufur, dosa, kehuru-haraan, kemaksiatan, musibah dan sebagainya. (Irsyadus Sari, juz 10, hal. 159)

3. Kalau fitnah itu dari Allah, maka ada hikmah di sebaliknya. Kalau ia dari manusia yang bukan urusan Allah maka ia tercela. Allah mencela mereka yang menimbulkan fitnah (al-Baqarah: 191). (Fathul Bari & Irsyadus Sari)

4. Fitnah, umum digunakan untuk cubaan atau ujian. Dan umum juga digunakan untuk sesuatu yang tidak baik. Namun, ia tidak selalu begitu. Ia barangkali merupakan perkara yang baik yang kita suka atau ia barangkali juga perkara yang tidak baik yang kita tidak suka.

5. Kesimpulannya: Ujian dari Allah ada yang berbentuk baik dan tidak baik. Firman Allah Taala (Surah al-Anbiya’: 35)

  1. بَاب مَا جَاءَ فِي قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى
    { وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً }
    وَمَا كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحَذِّرُ مِنْ الْفِتَنِ

1. Bab: Firman Allah: Takutilah fitnah yang samasekali tidak akan mengenai orang-orang yang zalim di kalangan kamu sahaja.

Dan Hadis Nabi s.a.w. yang mengingatkan tentang fitnah-fitnah.

Penjelasan:

1. Ayat al-Quran di atas dari surah al-Anfal: 25

2. Ayat al-Quran dan al-Hadis yang dikemukakan oleh al-Bukhari isyarat kepada: Seruan agar berjaga-jaga dengan fitnah ini bukan sahaja terdapat di dalam al-Quran tetapi juga di dalam al-Hadis.

3. Berjaga-jaga dengan ancaman fitnah kerana akibatnya akan menimpa semua ; samada orang yang melakukan ataupun tidak.


free counters

يحلم القلب؟

يحلم القلب؟

Tetamu

My Blog List

Powered By Blogger