Monday, August 15, 2011

walimatul urus


Antara sunnah Rasulullah s.a.w yang perlu kita amalkan di dalam majlis perkahwinan adalah memberikan ucapan selamat dan mendoakan kedua mempelai serta keluarga mereka.tetapi, malangnya pada hari ini,para hadirin jarang sekali mendoakan keberkatan apabila melihat pengantin, bahkan tidak mengetahui pun doa tersebut. Ini suatu amalan penting, kerana doa yang ikhlas akan dimakbulkan, insya'Allah
"Ada pernikahan yang penuh keberkatan.
Ada pernikahan yang sedikit keberkatannya.
Dan yang paling menakutkan,
adalah pernikahan yang tidak akan pernah ada keberkatan didalamnya...nauzubillah"

Cuba bayangkan seandainya semua hadirin mendoakan keberkatan pengantin sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w, alangkah indah dan bahagianya, ingatlah sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan memperkenankan doa hamba-Nya

Marilah kita sama-sama mengamalkan ajaran Rasulullah s.a.w ini. Antara doa yang sering diucapkannya kepada para pengantin ialah:

"Semoga Allah memberkatimu dan mencurahkan barakah ke atasmu dan mengumpulkan kedua-dua kamu dalam kebaikan." - [HR Ahmad & Ashabus Sunan kecuali An-Nasaiy]

Tidak lupa juga doa kepada keluarga pengantin seperti ucapan Rasulullah s.a.w:

"Ya Allah, ampunilah mereka, dan rahmatilah mereka dan berkatilah mereka pada apa yang telah Engkau kurniakan kepada mereka." - [HR Muslim]

InsyaAllah, kami mengharapkan doa semua agar pernikahan ini nanti mendapat barakah daripadaNya, juga agar baitul muslim yang dibina menjadi lonjakan dalam amal & dakwah serta dilimpahi dengan sakinah, mawadah wa rahmah..Bi iznillah

No comments:


free counters

يحلم القلب؟

يحلم القلب؟

Tetamu

My Blog List

Powered By Blogger