Saturday, September 17, 2011

Bagaimana menambah nikmat Allah ?

Perkongsian pengalaman dalam kehidupan

Nikmat itu terbahagi tiga:

1. Nikmat yang dikecapi dan disedari oleh hamba

2. Nikmat mendatang yang diidamkan oleh hamba

3. Nikmat yang dikecapi oleh hamba tetapi tidak disedarinya

Apabila Allah ingin menyempurnakan nikmatNya ke atas hambaNya, Dia akan mengenalkan (kepada hamba tersebut) nikmat yang sedang dikecapinya dan mengurniakan kepadanya sifat syukur.

Syukur itu akan mengikat nikmat tersebut agar tidak hilang.

Sesungguhnya nikmat diikat dengan ketaatan dan ia hilang disebabkan perlakuan maksiat.

Kemudian Allah akan menunjukkannya jalan amal agar dia mendapat nikmat yang dinantikan.

Kemudian Allah akan menunjukkan kepadanya jalan mati yang memutuskan amal dan menjauhkannya dari jalan itu. Dan Allah akan menunjukkannya cara agar dia menjauhi jalan itu.

Apabila dia menyempurnakan semua itu, Allah akan memperkenalkannya terhadap nikmat yang dikecapinya sekarang tetapi tidak beliau tidak menyedarinya.

Diceritakan bahawa seorang Badwi masuk menemui Harun ar-Rasyid lalu berkata:

“Wahai Amirul Mu’minin. Moga-moga Allah mengekalkan nikmatmu sekarang dengan kamu sentiasa mensyukurinya. Moga-moga Allah mengurniakan nikmat yang kamu harapkan dengan kamu bersangka baik terhadapNya dan sentiasa mentaatinya. Moga-moga Allah akan mengenalkanmu kepada nikmat yang kamu kecapi sekarang tetapi kamu tidak mengetahuinya agar kamu mensyukurinya.”

Ibnul Qayyim al-Jauzi

sumber : http://satuperkongsian.wordpress.com/2011/05/23/bagaimana-menambah-nikmat-allah/#more-558

No comments:


free counters

يحلم القلب؟

يحلم القلب؟

Tetamu

My Blog List

Powered By Blogger