Pada suatu hari, PERASAAN sedang berjalan-jalan dalam diri seorang Hamba. PERASAAN pergi ke otak, jantung, tangan, kaki dan sebagainya. SedangPERASAAN sayik berjalan, dalam tidak sedar PERASAAN lalu disebuah kawasan yang agak sunyi. PERASAAN berasa amat pelik kerana sebelumnya apabila PERASAAN lalu di kawasan itu, keadaannya tidak sebegitu rupa. Malahan kawasan itu sungguh meriah pada waktu sebelumnya. Di hujung sudut kawasan itu tiba-tiba PERASAAN ternampak kelibat sesuatu. Apabila diamati, kelibat itu adalah HATI. HATI sedang duduk termenung jauh dan kelihatan HATI bukan dalam keadaan yang gembira seperti sebelumnya. PERASAAN dating menghampiri HATI.
“ Mengapa kau bersedih wahai HATI? Sesungguhnya aku jarang sekali melihatmu dalam keadaan seperti ini. Walaupun aku pernah melihat engkau seperti ini dahulu tetapi aku masih tidak mengetahui apakah punca yang menyebabkan engkau jadi seperti ini, wahaiHATI. Ceritalah kepadaku. ” kata PERASAAN.
“ Aku amat bersedih denganmu wahai PERASAAN. Aku sekarang dalam keadaan yang amat sedih. ” jawab HATI.
PERASAAN tersentak, hairan dan terkejut dengan jawapan yang telah diberikan olehHATI.
“ Wahai sahabatku HATI, apa yang telah aku lakukan terhadapmu? Aku tak mengerti wahai HATI. ” Tanya PERASAAN, bingung dengan kata-kata HATI itu.
“ Aku amat sedih kerana engkau tidak menjagaku, PERASAAN. Engkau seringkali bertukar-tukar. Kadangkala engkau menjadi SEDIH, MARAH, GEMBIRA, TERTEKAN, KECEWA…tetapi aku ini wahai PERASAAN. Aku ini yang menerima segala-galanya. Aku hanya satu, PERASAAN. Ya, HATI hanya satu tetapi engkau wahai PERASAAN. Engkau punya banyak PERASAAN. Tambahan pula engkau sering meninggalkan aku menghadapi semua ini PERASAAN. ” jawab HATI.
PERASAAN duduk sebelah hati. Merenung HATI dan kemudiannya berkata.
“ Sahabatku HATI, walaupun aku seringkali meninggalkanmu, tetapi engkau punya kawan-kawan yang lain. Mereka ada untuk…..” belum sempat PERASAAN menghabiskan kata-katanya, HATI menjawab.
“ Untuk apa, ha? Untuk temankan aku? PERASAAN, mereka hanya berada di sekelilingku sahaja. Mereka tidak menemani aku. JANTUNG, USUS, PARU-PARU, BUAH PINGGANG mereka semua hanya sekadar berada disekitarku, PERASAAN. Mereka tidak menemani aku sebagaimana yang engkau lakukan kepadaku. Engkau tidak sama dengan merekaPERASAAN, engkau amat berbeza. ” kata HATI.
“ Sahabatku, apa yang berbeza? Apa istimewanya aku ini wahai HATI? ” TanyaPERASAAN.
“ PERASAAN, apa yang menyebabkan engkau berbeza dengan yang lain ialah engkau sentiasa hadir dalam hidupku. Hadir dalam HATI, yang lain sekadar ada denganku tetapi engkau lebih dari itu. Kau hadir kepadaku dan menemaniku wahai PERASAAN. Tetapi engkau sering berubah-ubah, itu yang membuatkan aku sakit, aku sedih. ” jawab HATI.
PERASAAN terdiam, kelihatan tidak tahu apa yang hendak dikatakan. SesungguhnyaPERASAAN sedar akan semua itu. Tetapi apa yang mampu PERASAAN lakukan.
“ HATI…” PERASAAN bersuara.
“ Ya, PERASAAN…” HATI menjawab.
PERASAAN terdiam seketika. Melihat keadaan sahabatnya yang bersedih itu cukup membuatkan PERASAAN berasa sedih.
“ Ketahuilah wahai sahabatku HATI, sesungguhnya aku memang ada sentiasa hadir dan menemanimu. Aku juga sedar bahawa seringkali aku berubah-ubah, kadang-kadang aku bertukar MARAH, GEMBIRA, SEDIH, KECEWA…aku sedar semua itu. Tapi sahabatku, aku Cuma mahu kau tahu satu perkara sahaja…semua yang hadir kepadamu, datang menemanimu itu semuanya adalah AKU, PERASAAN. Walaupun personalitiku berubah-ubah, namun aku tetap akan datang menemanimu. Aku akan sentiasa hadir dalam hidupmu wahai HATI. Sedarlah bahawa sedih yang engkau alami sekarang ini adalah AKU wahai sahabat. Aku tidak akan sekali-kali meninggalkanmu bersendirian. ” kataPERASAAN.
Raut wajah HATI mula mengukirkan senyuman.
“ Terima kasih sahabatku PERASAAN, kini aku sedar bahawa engkau sentiasa akan hadir menemaniku.”
“ Sama-sama sahabat.” Jawab PERASAAN. Gembira dengan perubahan HATI yang kian tersenyum.
APABILA HATI SEDIH, PERASAAN TURUT SEDIH
APABILA HATI KECEWA, PERASAAN TURUT KECEWA
APABILA HATI GEMBIRA, PERASAAN TURUT TERTAWA
APA YANG PENTING…….SENTIASA BERSAMA..
No comments:
Post a Comment