Kenapa Umat Islam Sembah Ka'abah?
Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……
Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?
Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.
Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?
Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone blackberry missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di blackberry-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….
Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?
Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?
Missionary : Awak tak ada jawapan ?
Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.
Missionary : Mengapa awak caka begitu ?
Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …
Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.
Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.
Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?
Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?
Missionary menghulurkan blackberrynya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi blackberry tersebut….. Pendakwah membelek-belek blackberry tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang blackberry tersebut sambil mengetuk-ngetuk blackberry tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati blackberry tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii …..
Merah padam muka Missionary menahan marah.
Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….
Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.
Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?
Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.
Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone blackberry, ini bukan bermakna emak awak ada dalam blackberry tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui blackberry walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.
Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli blackberry yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……
My Blog List
-
-
Ya Allah,
Aku tidak berminat untuk itu.
Aku ingin melakukan sesuatu yang membuatkan aku dekat padaMu.
Kau lebih TAHU.
11 years ago
-
-
Diari : Syukur
-
Terlalu banyak masa kita kita korbankan untuk selalu merasa kecewa, marah
dan sedih hanya kerana apa yang kita inginkan dan harapkan tidak pernah
kita...
8 years ago
-
Pohon dan Anak
-
Ada pohon besar di dalam hutan dengan batang yang tebal, banyak dahan
besar, dan berdaun rimbun. Seorang anak yang kesepian datang ke pohon itu
untuk berma...
8 years ago
-
SANG BESI DAN PELURU
-
assalamualikum...
semasa d majlis puisi palestin bersama PENA.. kirah sempat menulis sesuatu..
bukan lah sehebat mane ..hanya luahan buah fikiran yg x sberap...
13 years ago
-
Salam AidilFitri 1435H / 2014M
-
Assalamualaikum,
Kesempatan ini, saya beserta keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya
AidilFitri 1435H.
Taqabbalallahu Minna Wa Minkum, semoga Allah ...
10 years ago
-
-
(*جی**ه حلال باگیمو (ساعت لفظ سکینه**کا اکو سد*
یا الله ......
بلا همبه منجادی اطری ورنگ ...
یزینکنله دیری همبه منجادی کت انتق درنیا ..
ی...
13 years ago
-
“Kena M4ki Baru Semua Staff Nak Keluar..” -Netizen Puas Hati Dengan
Tindakan Lelaki Ini.
-
Baru-baru ini tular di laman Twltter, video memaparkan seorang lelaki yang
mengamuk ketika berurusan di sebuah kaunter kerajaan telah mendapat
perhatian da...
2 years ago
-
WANITA ITU
-
*Tak perlu terus hentam jika ada segelintir yang melakukan salah. Kau
nasihat, pakai kelembutan. Kerana itu salah satu tips untuk kau berdakwah.*
9 years ago
No comments:
Post a Comment