Saturday, October 8, 2011

INSAN YANG ALPA

10 PERINGATAN BUMI BUAT INSAN DIATASNYA
Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka.Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata -kata dengan manusia namun ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas bin Malik r.a:

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1.Wahai anak adam!Berajalanlah di atas perutku,tetapi ingatlah!Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2.Engkau melakukan maksiat di atas belakangku,tetapi ingatlah!Engkau akan di azab di dalam perutku.

3.Engkau ketawa di atas perutku,tetapi ingatlah!Engkau akan menangis di dalam perutku.

4.Engkau bergembira di atas belakangku,tetapi ingatlah!Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5.Engkau mengumpul harta di atas belakangku,tetapi ingatlah!Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6.Engkau makan benda yang haram di atas belakangku,tetapi ingatlah!Engkau akan di makan oleh ulat di dalam perutku.

7.Enkgkau angkuh di atas belakangku,tetapi ingatlah Engkau akan dihina di dalam perutku.

8.Engkau berlari dengan riang di atas belakangku,tetapi ingatlah!Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9.Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari,bulan,dan bintang di belakangku,tetapi ingatlah!Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10.Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai,tetapi ingatlah!Engkau akan hidup keseorangan di dalam perutku.

Bersama-sama lah kita renungkan..Yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri..

No comments:


free counters

يحلم القلب؟

يحلم القلب؟

Tetamu

My Blog List

Powered By Blogger