Thursday, September 29, 2011

senyum dalam tangisan

Kala senja dikau hadir…

Kesima diri bisu bicara
tangisan pilu menyeka tawa
kendala harta korban saudara
bahana hidup dihimpit lara

Rasa kecewa ilusi syaitan
musibah sauna titipan iman
kemudi bahtera mencecah awan
puspa warna lakonan zaman

Bangkitkah jasad di pusara?
dengan sendu menyeru pusaka?
bernafas mereka tanpa nyawa
bersyukur usai skrip yang Esa

Duhai teman…

Serikan wajah berulas senyuman
gagah pria bukti kesabaran
relung hati penuh keredhaan
wadi kasih-Nya hikmah ujian



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Saturday, September 24, 2011

Kenapa Umat Islam Sembah Ka'abah?


Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone blackberry missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di blackberry-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.

Missionary : Mengapa awak caka begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?

Missionary menghulurkan blackberrynya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi blackberry tersebut….. Pendakwah membelek-belek blackberry tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang
blackberry tersebut sambil mengetuk-ngetuk blackberry tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati blackberry tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii …..

Merah padam muka Missionary menahan marah.

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.

Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone
blackberry, ini bukan bermakna emak awak ada dalam blackberry tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui blackberry walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli
blackberry yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……

Friday, September 23, 2011

hati dan perasaan

Pada suatu hari, PERASAAN sedang berjalan-jalan dalam diri seorang Hamba. PERASAAN pergi ke otak, jantung, tangan, kaki dan sebagainya. SedangPERASAAN sayik berjalan, dalam tidak sedar PERASAAN lalu disebuah kawasan yang agak sunyi. PERASAAN berasa amat pelik kerana sebelumnya apabila PERASAAN lalu di kawasan itu, keadaannya tidak sebegitu rupa. Malahan kawasan itu sungguh meriah pada waktu sebelumnya. Di hujung sudut kawasan itu tiba-tiba PERASAAN ternampak kelibat sesuatu. Apabila diamati, kelibat itu adalah HATI. HATI sedang duduk termenung jauh dan kelihatan HATI bukan dalam keadaan yang gembira seperti sebelumnya. PERASAAN dating menghampiri HATI.

“ Mengapa kau bersedih wahai HATI? Sesungguhnya aku jarang sekali melihatmu dalam keadaan seperti ini. Walaupun aku pernah melihat engkau seperti ini dahulu tetapi aku masih tidak mengetahui apakah punca yang menyebabkan engkau jadi seperti ini, wahaiHATI. Ceritalah kepadaku. ” kata PERASAAN.

“ Aku amat bersedih denganmu wahai PERASAAN. Aku sekarang dalam keadaan yang amat sedih. ” jawab HATI.

PERASAAN tersentak, hairan dan terkejut dengan jawapan yang telah diberikan olehHATI.

“ Wahai sahabatku HATI, apa yang telah aku lakukan terhadapmu? Aku tak mengerti wahai HATI. ” Tanya PERASAAN, bingung dengan kata-kata HATI itu.

“ Aku amat sedih kerana engkau tidak menjagaku, PERASAAN. Engkau seringkali bertukar-tukar. Kadangkala engkau menjadi SEDIH, MARAH, GEMBIRA, TERTEKAN, KECEWA…tetapi aku ini wahai PERASAAN. Aku ini yang menerima segala-galanya. Aku hanya satu, PERASAAN. Ya, HATI hanya satu tetapi engkau wahai PERASAAN. Engkau punya banyak PERASAAN. Tambahan pula engkau sering meninggalkan aku menghadapi semua ini PERASAAN. ” jawab HATI.

PERASAAN duduk sebelah hati. Merenung HATI dan kemudiannya berkata.

“ Sahabatku HATI, walaupun aku seringkali meninggalkanmu, tetapi engkau punya kawan-kawan yang lain. Mereka ada untuk…..” belum sempat PERASAAN menghabiskan kata-katanya, HATI menjawab.

“ Untuk apa, ha? Untuk temankan aku? PERASAAN, mereka hanya berada di sekelilingku sahaja. Mereka tidak menemani aku. JANTUNG, USUS, PARU-PARU, BUAH PINGGANG mereka semua hanya sekadar berada disekitarku, PERASAAN. Mereka tidak menemani aku sebagaimana yang engkau lakukan kepadaku. Engkau tidak sama dengan merekaPERASAAN, engkau amat berbeza. ” kata HATI.

“ Sahabatku, apa yang berbeza? Apa istimewanya aku ini wahai HATI? ” TanyaPERASAAN.

PERASAAN, apa yang menyebabkan engkau berbeza dengan yang lain ialah engkau sentiasa hadir dalam hidupku. Hadir dalam HATI, yang lain sekadar ada denganku tetapi engkau lebih dari itu. Kau hadir kepadaku dan menemaniku wahai PERASAAN. Tetapi engkau sering berubah-ubah, itu yang membuatkan aku sakit, aku sedih. ” jawab HATI.

PERASAAN terdiam, kelihatan tidak tahu apa yang hendak dikatakan. SesungguhnyaPERASAAN sedar akan semua itu. Tetapi apa yang mampu PERASAAN lakukan.

HATI…” PERASAAN bersuara.

“ Ya, PERASAAN…” HATI menjawab.

PERASAAN terdiam seketika. Melihat keadaan sahabatnya yang bersedih itu cukup membuatkan PERASAAN berasa sedih.

“ Ketahuilah wahai sahabatku HATI, sesungguhnya aku memang ada sentiasa hadir dan menemanimu. Aku juga sedar bahawa seringkali aku berubah-ubah, kadang-kadang aku bertukar MARAH, GEMBIRA, SEDIH, KECEWA…aku sedar semua itu. Tapi sahabatku, aku Cuma mahu kau tahu satu perkara sahaja…semua yang hadir kepadamu, datang menemanimu itu semuanya adalah AKU, PERASAAN. Walaupun personalitiku berubah-ubah, namun aku tetap akan datang menemanimu. Aku akan sentiasa hadir dalam hidupmu wahai HATI. Sedarlah bahawa sedih yang engkau alami sekarang ini adalah AKU wahai sahabat. Aku tidak akan sekali-kali meninggalkanmu bersendirian. ” kataPERASAAN.

Raut wajah HATI mula mengukirkan senyuman.

“ Terima kasih sahabatku PERASAAN, kini aku sedar bahawa engkau sentiasa akan hadir menemaniku.”

“ Sama-sama sahabat.” Jawab PERASAAN. Gembira dengan perubahan HATI yang kian tersenyum.


APABILA HATI SEDIH, PERASAAN TURUT SEDIH
APABILA HATI KECEWA, PERASAAN TURUT KECEWA
APABILA HATI GEMBIRA, PERASAAN TURUT TERTAWA
APA YANG PENTING…….SENTIASA BERSAMA..

perasaan lalu... (*_*)


Damaikan perasaan
Lupakan segala kedukaan
Leraikan sengketa
Yang melanda di antara kita

Usahlah dikenang
Segala kedukaan lama
Biarkan ianya
Terlerai dari hati mu oh teman
Jangan diulang kesilapan lama
Bersama kita pastikannya
Kerana orang beriman tidak melakukan
Kesilapan berulang kali

Lihatlah hari esok
Yang bakal kita hadapi bersama
Semoga ia menjanjikan
Ketenangan yang kita cari
Ku tahu kita merindukan
Ku tahu kita mengidamkan
Ketenangan dan kedamaian


p/s: dia bukan biasa.dialah yang teristimewa

Wednesday, September 21, 2011

hanya sekeping hati

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

SEKEPING HATIKU HANYA SEKEPING HATI
IANYA TETAP RAPUH WALAU KEKUATAN YANG KUHIASI
HAKIKATNYA AKU TETAP HAMBA
HAMBA YANG MEMERLUKAN YANG ESA
TEMPAT MELUAH RASA
TEMPAT MENGHARAP KASIH DAN SIMPATI
KERANA
SEKEPING HATIKU HANYA SEKEPING HATI




Perasaan Yang Tersimpan

Keadaan saya menjadi semakin kacau apabila saya diterjah dengan perasaan yang saya tahu apa itu tetapi mustahil untuk saya nyatakan di sini. Akhirnya tangisan jua yang mampu saya lepaskan untuk meluahkan segala apa yang terbungkam di lubuk jiwa. Saya tidak mampu Ya Allah...memang saya tidak mampu untuk menghadapi situasi dan perasaan itu. Saya menangis sendirian. Hatta saya sendiri merasa sedih melihat keadaan saya.

Sampai bila, Ya Allah?

Sungguh hambaMu yang lemah ini menanti segalanya berakhir. Dan hambaMu sedar bahawa penantian itu adalah satu penyeksaan dan untuk menggali hikmah dari setiap takdirMu juga adalah sesuatu yang memeritkan.

Kurniakan pada ku kekuatan untuk menyimpan rasa ini, walau andai Kau takdirkan ianya akan tersimpan seumur hidupku. Sungguh aku tidak mampu menghadapinya tanpa bantuanMu, Ya Rabbii.

Ya Hayyu ya Qayyum birahmatika astaghiithu...
Ya Hayyu ya Qayyum birahmatika astaghiithu...
Ya Hayyu ya Qayyum birahmatika astaghiithu...

(Wahai yang Maha hidup, wahai yang Maha berdiri, aku memohon pertolongan dengan rahmatMu - H.R al-Tirmizi dalam kitab Sunannya. Dihukum Hasan oleh al-Albani dalam kitabnya Sahih al-Tirmizi (No 3524)


PERJUANGAN ITU INDAH BILA ADANYA UKHWAH
UKHWAH YANG IKHLAS AKAN MENGUNDANG RINDU DI JIWA
RINDU YANG TIADA TEPIAN
RINDU YANG TIADA GANTIAN

Sunday, September 18, 2011

manfaat menangis : tangisan iman dapat memadamkan api neraka ....

Air mata atau menangis selalu diidentikkan dengan kesedihan, bahkan bagi kaum pria menangis dianggap sebagai pantangan. Sesungguhnya dengan menangis memiliki manfaat positif, baik bagi kesehatan fisik, spiritual maupun psikologis.

Air mata berasal dari kelenjar yang diproduksi oleh proses lakrimasi untuk membersikan mata. Kata lakrimasi juga dapat digunakan merujuk pada menangis. Emosi yang kuat juga dapat menyebabkan menangis, walaupun kembanyakan mamalia darat memiliki sistem lakrimasi untuk membiarkan mata mereka basah, manusia adalah mamalia satu-satunya yang memiliki emosi air mata.

Jika emosi anda sedang tidak stabil, rasa sedih dan ingin menangis biasanya muncul. Saat hal tersebut terjadi, jangan tahan tangis anda, karena menangis merupakan luapan emosi yang sangat wajar dan sehat. Selain sarana untuk meluapkan emosi, menangis memiliki manfaat lain, yaitu:

Membersihkan mata

Fungsi utama air mata adalah membuat indera penglihatan kita menjadi lebih jelas. Tidak hanya membasahai bola mata dan kelopak mata, tetapi juga mencegah dehidrasi membran yang ada disekitar mata. Saat mengeluarkan air mata, mata anda sebenarnya sedang dalam proses pembersihan. Hal itu membuat kotoran yang menempel pada mata ikut keluar melalui air mata dan mata pun menjadi bersih.

Membunuh bakteria

Air mata mengandung lysozyme, yaitu cairan yang bisa membunuh 90 – 95 persen bakteri dalam waktu 5 hingga 10 menit. Jadi, saat anda mengeluarkan air mata, secara otomatis bisa membunuh bakteri berbahaya yang bisa memicu iritasi pada mata.


Menstabilkan mood

Apakah anda tahu kadar zat mangan dalam tubuh? Tingginya kadar mangan dalam tubuh bisa memicu mood yang tidak satabil, kekhawatiran berlebihan, dan perasaan yang sensitif. Nah, dengan menangis kadar mangan dalam tubuh anda bisa diturunkan dan membuatnya dalam keadaan normal. Selain itu, air mata yang keluar saat anda dalam keadaan emosi, mengandung 24% protein albumin yang berfungsi membawa molekul racun keluar dari tubuh.

Menurunkan stres

Menangis bisa membuat tingkat stres yang anda alami menurun. Hal itu karena saat menangis, zat kimia yang dikeluarkan tubuh anda yaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin akan berkurang. Berlaku sebaliknya, jika anda menahan tangis maka tingkat stres yang dialami akan naik dan bisa berdampak pada kesehatan seperti masalah jantung, dan tekanan darah tinggi. (wpd/wkp/jos – www.esqmagazine.com)

___________________________________________________________________

Beberapa jenis tangisan

Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:

Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
Menangis kerana rasa takut.
Menangis kerana cinta.
Menangis kerana gembira.
Menangis kerana menghadapi penderitaan.
Menangis kerana terlalu sedih.
Menangis kerana terasa hina dan lemah.
Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
Menangis orang munafik – pura-pura menangis.

Ada jenis tangisan nampak biasa saja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka.

Ini dikisahkan oleh Nabi dalam satu hadis,

Rasulullah Sallallah Alaihi Wassallam bersabda, maksudnya:

“Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka.

Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila salah satu orang dari suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu dapat memadamkan api neraka.

Saturday, September 17, 2011

مجموع شريف الكميل

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kitab MAJMU SYARIF KAMIL, Adalah sebuah buku kumpulan Do'a dan Dzikir, Surah dan ayat-ayat dalam Al'Qur'an, Yasiin,Tahlil, Do'a Tahlil, Talqin, Serta Penatalaksanaan Jenazah, Shalawat dan Al-Asma-ul Husna.

Allah SWT. menciptakan manusia sebagai makhluk yang paling sempurna dan di diciptakan kekal abadi, ada awal tidak ada ahkir, ada hari lahirnya, tidak ada penghabisan. Manusia berpindah alam, alam ruh, alam rahim, alam dunia, alam akhirat.
Allah SWT. juga menciptakan dua kehidupan. Kehidupan dunia yang terbatas dan kehidupan akhirat yang abadi. Di akhirat disediakan dua tempat, yaitu Surga dan Neraka. Kepada manusia diberi kesempatan untuk memilih dua tempat tersebut selama di dunia. Semua amal shaleh, perbuatanmaupun lisan akan mendapat imbalan pahala di akhirat. Demikian juga perbuatan dan lisan yang buruk akan mendapatkan ganjaran dosa.
Himpunan Fadilah Majmu' Syarif Kamil ini berisi ayat-ayat suci dalam Al-Quran dan surah-surah pilihan, hadits-hadits Rasulullah SAW., doa dan dzikir kepada Allah SWT. Apabila diyakini dan diamalkan dengan penuh harapan, maka Allah SWT. akan memberikan kekuatan rohani dan jasmani baik di dunia maupun di akhirat nanti.
Majmu' Syarif Kamil ini baik sekali dibaca, dihafalkan, diamalkan secara istiqamah. Semoga pembacanya mendapat kekuatan jasmani dan rohani, lahir dan batin. Amin ya Rabbal 'Alamin.

p/s : baru beli tdi....best sangat...huhu...

free counters

يحلم القلب؟

يحلم القلب؟

Tetamu

My Blog List

Powered By Blogger